Pages

Wednesday, May 18, 2016

UJIAN

ujian demi ujian yang datang
tidak sesekali melemahkan hati
ujian demi ujian yang datang
Aku harungi dengan usaha dan tawakkal

setiap ayat cinta Allah yang di hafal
Allah pasti menguji...

Al-`Ankabūt:2 - Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

langkah demi langkah..
aku ini hamba Allah
yang kelak akan kembali kepada pencipta diri

jika dunia itu sementara
ujian juga pastinya sementara

Al-Baqarah:153 - Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

wipe your tears! keep movingg 😎😎

No comments:

Post a Comment